13
Jul
07

Bonda dalam kenangan

Arini 13.07.2007, genap 2 tahun pemergian bonda tercinta. Mak, itulah panggilan kami adik-beradik.malah anak2 sedara sebelah mak pon pggl mak sbb mak selalu jaga anak2 sedaranya. cepatnya masa berlalu…tp aku merasakan spt baru semalam ia berlaku…
peritnya, pedihnya kehilangan insan tersayang…Hanya ALLAH yg maha mengetahui..Apatah lg, sbg anak bongsu yg plg manja & rapat dgn mak, kehilangannya amat aku rasai…
Rindunya pd mak x terkira…wp saban hari disibukkan dgn aktiviti harian, tp setiap hari juga aku pasti teringatkan mak, terutamanya slps solat 5 waktu. Mak selalu dtg dlm mimpi2ku, seolah2 dia masih ada di dunia ini…Betapa aku amat merinduinya, begitu juga adik-beradik yg lain. Perginya mak takkan ade penggantinya…Byk perkara yg berubah slps pemergian mak, & takkan kembali spt dulu lagi…
Aku rindukan suasana dulu…stiap kali plg ke kg, pasti mak akan menunggu di halaman rumah, aku rindukan air teh susu yg mak buatkan setiap pg utk sarapan kami skluarga, juga minum ptg.aku rindukan senyumannya, yg membuat hati tenang & damai. Setiap kali hari raya, aku pasti rindukan tapai pulutnya yg manis…shgga stiap kali raya, pasti mak akan buat 2 kali tapai.sekali utk raya, & skali lg bila dkt2 anak2 plg slps bercuti, sbg bekal…Bulan Ramadhan pula, psti kami xkan miss bubur lambuk mak yg enak…ayam perciknya…& byk lg juadah yg kami gemari. Dan yg pasti aku teramat rindu utk memeluknya & mencium tgnnya spt selalu….
Kini, stiap kali plg ke kg, aku rindukan itu semua, mahu ianya berulang kembali..tp x mungkin..melihat bunga2an di halaman rumah yg spt hilang serinya buat aku pilu…kakakku yg kini mjaga rumah di kg, kdgkala kesuntukan masa menguruskan rumah apatah lg melayan karenah 2 putera & seorg puteri yg kian membesar. bila berada di ats rumah, aku spt mdengar derap tapak kaki mak di sekeliling rumah, seolah2 dia sdg melihat bunga2 & pokok2 yg ditanamnya…Ya Allah, betapa aku sentiasa dihantui kenangan bersama mak..insan yg paling aku kasihi & kagumi…
Pd aku, mak seorg iron lady, dr kerja2 memasak, mengemas rumah, menanam bunga, hggalah kerja2 mengecat, menggaul simen bersama2 ayah, mengangkat buah, berkebun dsbnya…Aku kagumi ketabahan mak…Dan aku ingin sekali mewarisi sifat sabarnya. Sepjg 24thn aku hidup dgnnya, tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara pd ayah.benar!itulah yg aku lihat.dia begitu taat pd ayah wp ayah seorg yg garang n kdgkala panas baran.Mak juga bukanlah seorg ibu @ isteri yg suka berleter..jrg sekali melihat dia marah pd anak2 mahupun cucu2nya.Betapa aku ingin mewarisi sifat sabarnya itu…Menjadi seorg isteri & ibu, kini aku mengakui bukanlah mudah utk menjadi seorg isteri yg solehah & ibu yg mithali…namun itu tetap impianku…dan aku sentiasa berdoa & berusaha utk menjd seperti itu…
Ketabahan mak menjaga ibunya yg juga nenekku (aku pggl Tok) yg sakit terkena angin ahmar selama 2 thn juga aku amat aku kagumi.malah mak mertua mak yg sakit pun mak jaga. aku melihat mak sbg seorg anak yg berbakti pd org tuanya. sbg anak perempuan sulung, mak jugalah yg menjaga adik2nya seramai 7 org. malah turut menjaga anak2 saudaranya n juga cucu2nya. Hanis & Hilman pon mak jaga sewaktu diorg kecil…Bercerita ttg mak pasti xkan abih….yg pasti kehilangannya amat kami rasai…spt kata ayah, betapa kita menyayanginya, tp Tuhan lebih sygkan dia…Walau apapun, aku tetap meredhai pemergian mak… hari Rabu 10.30pg, 13.07.2005 bersamaan 6 Jamadilakhir 1426H. Perginya dlm keadaan yg mudah…tanpa sakit tenat. cuma demam & cirit-birit selama sehari semalam.bak kata org, cuma penyebabnya shj kerana janji Tuhan tetap pasti…Jenazahnya dlm keadaan senyum…begitulah perginya insan yg amat kami kasihi…
Mak, doa kami saban hari moga mak ditempatkan bersama2 dgn golongan yg beriman & bertaqwa. Moga kita akan bertemu di sana, di tempat plg indah, idaman semua…Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.amin..
Al-fatihah buat bonda yg tercinta..Pn Mek Nga bt Hj Che Ahmad…




2 Responses to “Bonda dalam kenangan”


  1. 1    Dayah January 17, 2008 at 12:13 am

    kak akma… kisah kak akma mengingatkan saya pada arwah mama yg meninggal 4 april 2007…sungguh, suasana skg amat berbeza bila mama tiada

  2. 2    Norzie July 10, 2008 at 7:48 am

    Ya… sungguh terharu dan amat menyentuh perasaan. Aku juga pasti terkenangkan mak setiap kali selepas solat 5 waktu. Dan kdg-kala turut menitiskan air mata sewaktu memandu ke tpt kerja berseorgn ttkala rindu mcuit hati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiin
    1st komen ni… msh tkial2 lg.

Leave a Reply